Sunday, April 5, 2009

Cara Guna Ketuhar MikroGelombang

Kalau anda membenarkan anaka menggunakan ketuhar mikrogelombang, pastikan mereka diajar cara penggunaan yang betul dan selamat. Baca manual'buku panduan dan pastikan anda menunjukkan cara penggunaan yang betul.
Berikut adalah perkara asas yang perlu diikut.

1. Pastikan bahagian dalam ketuhar sentiasa bersih. Sisa-sia makanan boleh menyerap tenaga dari gelombang dan menyebabkan kerangka ketuhar tidak tahan lama dan berkarat.

2. Jangan letakkan logam dalam ketuhar. Sudu, garfu, pisau atau periuk tidak boleh diletakkan dalam jetuhar. Kalau diletakkan, akan terdapat percikan api dalamm ketuhar. Gunakan bekas yang tahan mikrowave, biasanya dibuat dari plastik tahan panas.

3. Jangan sekali-kali pasang mikrowave kalau isinya kosong. Kalau ingin mencuba, pastikan diletakkan segelas air supaya air tersebut akan menyerap gelombang.

4. Selepas memasak makanan, jangan buka terus pintu ketuhar. Biarkan hingga sepuluh saat. Ini untuk mengelakkan kulit dari melecur terkena wap panas.

5. Jangan masak dalam bekas tertutup. Misalnya, kalau ingin memasak telur, pecahkan dulu kulitnya dan letakkan isi telur dalam bekas yang lain. Kalau diletakkan telur tanpa dipecahkan, ia pasti akan meletup dan pintu ketuhar mungkin akan terbuka atau pecah kerana letupan tersebut.

6. Kalau terdapat api pada alat pemancar gelombang, lekas-lekas tutup suis pada plag.

Wednesday, April 30, 2008

Ketuhar MikroGelombang

Sebagaimana orang lain, saya juga pernah bekerja sambil membesarkan anak. Ketika itu kami tidak mempunyai pembantu rumah. Kadangkala risau juga tinggalkan anak (sekolah menengah dan rendah) tanpa dijaga oleh orang dewasa. Yang paling merisaukan ialah kalau-kalau mereka memasak sendiri.

Kami selesaikan masalah itu dengan menyimpan makanan beku (roti canai, lauk pauk, nasi). Apabila anak-anak ingin memakannya, mereka akan 'tembak' makanan menggunakan microwave oven. Kami pastikan setiap orang tahu cara mengendalikan microwave.

Saudara/i pun boleh gunakan cara ini.

Lazimnya, pada hari Ahad kami akan beli roti canai untuk makan seminggu. Roti tersebut terus dibekukan dalam tupperware. Satu tupperware untuk satu hidangan. Begitu juga dengan lauk pauk.

Apabila anak pulang dari sekolah, mereka hanya perlu masukkan tupperware tersebut (setelah dibuka tutupnya) ke dalam microwave dan tembak selama dua puluh saat pada setting penuh. Makanan akan menjadi panas dan enak seperti baru dibeli.


Thursday, December 20, 2007

Minuman Berlebihan

Jangan dibuang air koko, teh atau lain-lain air manis yang berlebihan yang anda buat untuk anak-anak. Tuang ke dalam gelas plastik dan bekukan. Setelah menjadi aiskrim, ia pasti akan dihabiskan oleh anak-anak.

Friday, September 7, 2007

Hidangan Ketam


Hidangan ini amat ringkas, tetapi enak. Ketam stim dan cuka asli dihidang bersama kopi arabika.

Thursday, September 6, 2007

Hidangan Hari Ini




Hidangan makan tengahari yang dipos hari ini adalah hidangan yang amat ringkas yang boleh disediakan dalam masa yang singkat. Hidangan lauk yang dipamerkan ialah kari ikan tenggiri dan terung, sambal belacan, ulam daun mint, dan ikan kering goreng. Walaupun hidangan ini ringkas, pasti orang yang memakannya menambah nasi hingga benar-benar kenyang.

Wednesday, September 5, 2007

Selamat Datang

Selamat datang ke blog saya. "Masak apa hari ni?" Inilah soalan yang sering diajukan jika anda seorang yang memasak untuk keluarga atau teman serumah. Setiap hari anda tentu memikirkan menu baru untuk dimasak. Kalau hari-hari menu yang sama, tentu membosankan. Jika anda seorang ibu atau isteri atau suami yang memasak untuk keluarga, memilih masakan harian mungkin menjadi masalah. Kalau dimasak masakan yang sama setiap hari, mungkin membosankan. Selera pula berbeza-beza dan berubah-ubah. Blog ini akan membincangkan tentang menu dan resepi cadangan untuk saudara saudari masak.